Friday, December 25, 2009

BERCUTI@BANDUNG

Cuti sekolah panjang akhir tahun 2009, Aweesh melancong lagi. Kali ini destinasinya adalah JAKARTA PUNCAK dan BANDUNG. Percutian dari 18-22hb Disember ini adalah selama 5 hari 4 malam.
Di Bandung tempat lawatan utama adalah ke Gunung Berapi Tangkuban Perahu. Besar sungguh kawahnya, tak dapat Aweesh nak gambarkan. Kena datang dan tengok sendirilah yaa...
Di Bandung, Aweesh lihat ramai orang susah, kecil-kecil lagi dah kena cari duit. Dari situ Aweesh berasa amat beruntung. Dah lah tak perlu cari duit, dapat melawat ke negara orang lagi.
Di Jakarta bandarnya agak sibuk. Trafik jem di sana-sini. Di sana orang panggil MACET, maknanya jem. Teruk betul jemnya. Orang ramai sangat. Kenderaan pun macam-macam. Ada motor roda 3, macam TUK-TUK di Bangkok. Tapi di Jakarta ia di panggil BAJAI.

Satu tempat yang paling Aweesh suka adalah TAMAN SAFARI di Puncak. Banyak binatang-binatang liar di tempatkan di sana. Sepupu Aweesh yang bernama Hakkiem, baru berumur 1 tahun lebeh pun tersangat lah suka. Biasanya Hakkiem tak banyak mulut. Tapi semasa di taman ini Hakkiem menjadi seorang yang paling bising. Hingar-bingar jadinya 1 bas. Tengoklah gambar-gambar di atas, macam-macam binatang ada. Ada zebra, ziarafah, unta, seladang, harimau dan banyak lagi.

Seperkara lagi yang Aweesh teruja adalah terdapatnya patung-patung gergasi cerita-cerita di TV seperti ULTRAMAN, DRAGON BALL, BATMAN, SUPERMAN, RAMBO, TARZAN dan lain-lain lagi. Patung-patung ini di pasang di depan kedai-kedai untuk menarik perhatian terutama kanak-kanak seperti Aweesh. Mungkin apabila kanak-kanak tertarik hati, ibubapa kanak-kanak tersebut akan masuk ke dalam kedai menuruti kehendak anak-anak mereka.
Mungkin tepat telahan Aweesh.
Akhir sekali, Aweesh merasa sangat seronok dapat datang ke sana. Nanti kalau Aweesh dah besar, dah kerja dan dah ada duit sendiri, Aweesh nak datang lagi nak tengok patung-patung ni tinggi mana dah. Tentu mereka pun akan membesar seperti Aweesh juga kan. Sekian.

Sunday, June 21, 2009

BERCUTI@BEIJING

Tanggal 7hb hingga 12hb Jun 2009, Aweesh telah berada di sebuah bandar di sebuah negara di hemispiar utara dunia. Bandar tersebut adalah BEIJING.
Di Beijing pastinya tidak sah kalau kita tidak pergi memanjat Tembok Besar atau lebeh popular dengan nama GREAT WALL OF CHINA. Tinggi juga tembok yang dapat Aweesh naik hari tu, tak silap Aweesh sampai kota yang keempat. Aweesh, Along dan Angah berlumba-lumba naik sementara ibu, abah dan kakak dah pancit lebih awal. Indah sungguh pemandangan dari atas bukit tu. Rasa gayat pun ada juga.


Kawasan di mana Aweesh panjat tu, Aweesh dapat mengecam tempat berlangsung nya acara Amazing Race. Banyak ibu kunci yang terdapat di situ. Dalam jangkaan Aweesh, lebeh 1,000 kunci yang di pasang di situ. Patut lah susah sangat dia orang tu nak padankan dengan anak kuncinya.

Tempat menarik lain yang Aweesh lawati adalah sarang burung gergasi. Aweesh tengok sarang burung ni besar betul. Dulu masa burung buat sarang kat rumah Aweesh tu kecil aje. Ini burung gergasi mana buat sarang kat sini. Mungkin burung HELANG gergasi kat LANGKAWI tu kut yang datang kat Beijing
buat sarang. Jauh jugalah dia buat sarang tu. Inilah gambar Aweesh dan keluarga serta rombongan yang bersama Aweesh melawat Beijing. Yang lain-lain tu Aweesh panggil Atuk-atuk dan Nenek-nenek aje. Atuk yang Aweesh paling suka adalah Atuk Ramli yang gemuk pakai baju biru tu. Dia tinggal di
Changlung Kedah. Dia suka layan Aweesh. Tu sebab Aweesh suka dia. Yang ni pula, abah kata bangunan BUIH, tempat orang lawan sukan air masa Sukan Olimpik Beijing 2008. Takut Aweesh nak pergi dekat. Takut nanti kalau dinding nya pecah airnya timpa Aweesh, boleh lemas lah pula.
Nasib kami kurang baik, hari pertama lawatan dah hujan. Lebat dan seharian pula tu. Redah jugalah Medan Tiananmen dan Forbidden City walaupun hujan. Kalau tidak bila lagi nak tengok. Tak tahu bila lagi nak sampai Beijing. Mungkin 10 tahun lagi. Mungkin
" 20 tahun lagi. Mungkin juga ini kali pertama dan yang terakhir, siapa tahu.
" Kedamaian dan angin sepoi-sepoi bahasa amat mengkagumkan. Sang naga membelah tasik biru menyejukkan mata. Desiran ombak membuaikan telinga." Eh! betul ke puisi Aweesh ni? Sebenarnya begitu lah gambaran yang ingin Aweesh

gambarkan suasana di kawasan SummerPalace ni. Sungguh indah dan mengasyikkan. Inilah gambar Uncle Philip pemandu pelancong kami. Kesihan dia sorang-sorang angkat bendera. Dia pun belum kahwin lagi. Tapi jangan terkejut, kaya tu, ada apartment kat Beijing berharga 1juta yuan. Jangan main-main.


Mula-mula Aweesh tanya abah kenapa kita nak pergi tokong cina ni kalau nak sembahyang. Rupa-rupanya inilah Masjid di Beijing. Macam tokong cina rupanya. Uncle Philip beritahu abah orang islam kat Beijing ni ada 300,000 orang. Ramai lah
juga.
Bahagian dalam masjid lagi lah macam tokong cina. Warna merah pula tu. Kat dalam ni jam Bent 10 Awesh buat hal pulak, tu yang Aweesh belek-belek tu.
Ni, kami kat supermarket muslim. Macam-macam barang ada kat sini. Semuanya halal. Tapi tandasnya macam tempat lain lah juga, tak ada air. Itulah satu-satunya masalah kita kalau ke Beijing, masalah betul kalau nak buang air. Buat Angah dan Along, Aweesh nak ucapkan jutaan terima kasih kerana Aweesh banyak menyusahkan mereka kerana selalu nak buang air besar bila kat luar hotel. Jenuh lah mereka tolong angkut air kat Aweesh.Maaf ya
Angah, Along. Aweesh sedang amati betul-betul apa yang kakak cina ni buat. Jangan salah sangka, Aweesh tak hajat pun nak ngorat dia. Aweesh tengok dekat-dekat tu sebab Aweesh minat sangat dengan kerja-kerja halus tu. Aweesh memang minat kerja-kerja seni
ni. Dapat Aweesh naik atas belakang binatang ni pun jadilah. Abah kata nak beli mahal sangat, jadi Aweesh tunggang je lah binatang JADE ni. Aweesh buat ni pun sebab Aweesh ada tengok salah seorang Atuk tu pun ada naik binatang ni, jadi Aweesh pun

tirulah.
Ini adalah patung-patung pahlawan Terracotta yang mahsyur tu. Tapi kat sini replika je. Bukan asli. Tapi ada 3 lembaga tu pulak asli. Tapi bukan patung, manusia la. Tu la Aweesh, Angah dan Along.
Kalau di Mekah, Aweesh dapat kenalan entah dari Turki ke atau Mesir. Kat Beijing ni Aweesh jumpa kawan dari Rusia pula. Tapi dua-dua nya perempuan. Malu Aweesh nak kawan dengan mereka. Kakak je lah yang kawan mereka ya.
Inilah hotel yang kami tinggal semasa di Beijing, Shanshui Trend Hotel namanya. 3 bintang je. Tapi OK lah setakat nak tidur je. Sarapan pagi di hotel, kami hanya makan roti dan buah-buah je. Yang lain tak berani nak sentuh. Takut tak halal.
Inilah suasana dalaman hotel. OK, cantik dan baru. Cuma nya pintu tandas dan pintu bilik air berkongsi 1 pintu. Kalau guna bilik air melopong lah tandas. Dan sebaliknya guna tandas terlopong lah pulak bilik air. Tandas Fesyen baru kut. Belum ada kat Malaysia. Abah kata kalau hotel macam ni kat
Malaysia pasti tak laku, tak ada orang nak sewa. Makanan halal di Beijing tak ada masalah. Di segala ceruk tempat, ada dan senang. Lauk di Beijing lebeh kepada sayur-sayuran. Tu sebabnya orang-orang di Beijing kurus-kurus belaka, tak macam orang Malaysia, gemuk gemuk. Hehehe..... Atuk Ramli jangan
marah.....gurau je. Akhir sekali inilah perkara yang paling Aweesh suka selain daripada tembok besar. Keretapi laju bullet train. Cuma 30 minit je dari Tianjin ke Beijing dengan kelajuan 326 km/jam dan jaraknya 150 km.

HELLOOOO..........BEIJINGGGG..... BILAKAH BOLEH AWEESH DATANG LAGIIIII?????......

Friday, June 5, 2009

ZIARAH KAWAN IBU

Cuti sekolah bulan mei dan jun 2009 baru bermula je Aweesh sekeluarga terus balik kampong. Kebetulan Abah pun ada meeting di Kepala Batas Seberang Perai, jadi elok sangatlah. Aweesh dan keluarga mengambil peluang ini menziarahi kawan-kawan Ibu yang tinggal di Utara Malaysia. Memang dah lama ibu bercadang, namun ini lah baru kesampaian. Aweesh pun dapatlah menjelajah ke utara Semenanjung. Kan kah banyak berjalan tu luas pemandangan kata pepatah kita. Gambar atas di rumah kawan ibu bernama Makcik Shakila di Sanglang Kedah. Sudah 12 tahun ibu tak berjumpa dengan Makcik Shakila selepas beliau berpindah ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Kedah. Makcik Shakila ni adalah kawan ibu semasa bekerja di YELLOW PAGES dahulu. Dia pun dah berhenti dengan Yellow Pages dan kini bekerja di kilang perabut bapanya di Sanglang. Banyaklah cerita-cerita lama yang di ulang tayang oleh ibu dan Makcik Shakila semasa pertemuan ini. Makcik Shakila dah mempunyai 3 orang anak, 2 lelaki dan 1 perempuan.
Seorang lagi kawan ibu yang sempat kami ziarahi adalah Makcik Siti yang tinggal di Anak Bukit Kedah. Makcik Siti ni masih bekerja di Yellow Pages tapi telah di pindahkan ke cawangan Pulau Pinang. Beliau berulang alik setiap hari agak jauh iaitu dari Anak Bukit, Alor Setar ke Pulau Pinang. Anaknya pun 3 orang, tapi 2 perempuan dan 1 lelaki. Terbalik dengan Makcik Shakila tadi. Kebetulan semasa kunjungan kami hari tu, anak lelakinya baru sehari lepas berkhatan. Di rumahnya Aweesh dapat bermain gasing. Tapi Aweesh tak pandai sangat lagi. Masih kena berlatih kuat lagi. Banyak lah gosip-gosip yang dibincangkan antara ibu dengan Makcik Siti. Al-maklumlah Makcik Siti ni kawan baik ibu dulu semasa di Yellow Pages dan mereka pun dah lama tak berjumpa. Hentam saja lah ibu asalkan ibu bahagia.
Kepada kedua-dua kawan ibu tu bila nak buat lawatan balas? Datanglah ke KL bila-bila ada kelapangan. Buat diri Aweesh seronok dapat berkunjung ke Utara Malaysia. Bulan November 2008 yang lalu, Aweesh berkunjung ke Pantai Timur. Bulan Mac lepas pula, Aweesh ke Johor, Selatan Tanahair sempena kenduri Pakcik Fadzli kahwin. Aweesh berhasrat nak ke Malaysia Timur pula nanti. Mungkin akan ke Sabah jika ada rezeki... InsyaAllah.

Thursday, May 14, 2009

MISTERI II

KALAU SEMUA MASIH INGAT TENTANG misteri 1 TEMPOH HARI MENGENAI KEHILANGAN TELOR BURUNG DI DALAM SARANG BURUNG DI DEPAN RUMAH AWEESH, KALI INI BERLAKU LAGI misteri 11 JUGA DEKAT RUMAH AWEESH. KALI INI PASTI LEBIH HEBAT. NAK TAHU misteri AMENDANYA. HARAP SEMUA BERSABAR.AKAN DI CERITAKAN TAK LAMA LAGI. TUNGGUUUUUUUUUUUUUU................................................

Wednesday, May 6, 2009

TERJUN SUNGAI dan LORI TERJUN.a.m.

Sempena cuti hari PEKERJA minggu lepas Aweesh balik kampong mak tok dan tok wan. Kali terakhir Aweesh balik kampong adalah sempena cuti Tahun Baru Cina yang lepas.


Kali ini Aweesh berpeluang mandi di Sungai Ayer Terjun yang terletak kira-kira 50 meter sahaja dari rumah mak tok dan tok wan. Turut sama-sama terjun ke sungai tuuuuu.....adalah Angah Qayyiem, Kakak Nasreen, Fatin dan tak ketinggalan Acu dan Mak Su. Puas juga kami bermain dalam air yang sangat sejuk tu sampai Aweesh kesejukan dan menggigil. Sebenarnya Aweesh tak lah berapa sangat nak main-main air tu, yang lebih-lebih Aweesh tengok masa tu adalah ACU. Mungkin masa kecik-kecik dia tak puas kut, sebab dikatakan maktok tak galakkan anak-anak dia selalu mandi di sungai. Takut apa-apa buruk berlaku. Atau pun Acu saja nak tunjuk terrer sebab Maksu ada kan....... Tengoklah kedua-dua gambar di atas, aksi Acu lah yang paling aktif. Sat-sat meniarap. Sat-sat terlentang. Jangan marah Acu, Aweesh gurau aje.


Antara aksi Aweesh di sungai. Airnya pun tak lah berapa dalam sangat. Ada tempat-tempat yang sedalam takat buku lali Aweesh aje.


Satu perkara lagi, yang berlaku semasa Aweesh berada di kampong adalah kemalangan yang berlaku berdekatan korner kubur. Kawasan tu memang bahaya, kemalangan memang sering terjadi. Agak Aweesh pemandunya mungkin mengantuk kerana lori tu terjunam(terbabas) sendiri.



Inilah gambar yang menunjukkan lori yang terjunam(terbabas) dan melanggar sebatang pokok kurma.....err....tersilap pulak. Aweesh masih teringat kat Mekah pulak....sebatang pokok kelapa sawit sebenarnya. Aweesh masih keliru sebab pokok kurma kat Mekah sebiji macam pokok kelapa sawit kat sini.

Bagi gambar di bawah ni pula, janganlah ada yang ambil kesempatan nak tikam ekor nombor lori ni tau. Tak baik. Berdosa.

Aweesh selalu ingatkan Abah dan Ibu agar berhati-hati di jalanraya, jangan pandu laju-laju. Takut jadi macam lori ni.....minta simpang jauh-jauh. Aweesh juga selalu baca doa semasa nak mulakan sesuatu perjalanan agar diri kita selalu dilindungi Allah. Amin.

Saturday, April 25, 2009

LAMBAIAN KAABAH

Awal tahun 2009 ibu ada beritahu Aweesh, abah nak bawa Aweesh ke Mekah. Aweesh rasa macam tak percaya je. Tapi hari-hari Aweesh akan tanya ibu bila aweesh nak tengok kaabah betul-betul. Ibu kata kena sabar, tak lama lagi.
Masa yang Aweesh tunggu-tunggu pun sampai. 1/04/09 Aweesh sekeluarga pun ke airport kerana flight Aweesh jam 3.30 pagi 2hb. Pada awal nya Aweesh ngantuk. Lepas lelap 2 jam, mata Aweesh segar balik. Maklumlah Aweesh pun dah lama tak naik kapal terbang. Last sekali naik masa ke Langkawi trip ofis abah tahun 2005. Aweesh naik Qatar Airway dan transit di Doha selama 6 jam. Kemudian sambung ke Jeddah juga dengan Qatar Airway. Sampai di Jeddah Aweesh sambung naik bas ke Madinah selama 5 jam lagi. Selepas lebeh 25 jam perjalanan barulah Aweesh dapat check-in di hotel Al-Firdous Madinah. Itu pun masa tu dah jam 12 tgh malam di Madinah. Pagi esok dah nak bangun nak Ziarah Makam Nabi jam 4 pagi.
Gambar Aweesh bersama keluarga dari kiri Mak Tok, Ibu, Tok Wan, Along Haziq, Angah Qayyiem. Depan Kakak Nasreen dan Aweesh di hadapan Masjid Nabawi. Abah tidak kelihatan kerana dia yang ambil gambar.

Gambar Aweesh di dalam masjid Nabawi. Abah kata suasana dalaman masjid Nabawi macam dalam Masjid di Cordova Sepanyol. Entah Aweesh pun tak tahu. Harap satu hari nanti Aweesh dapat pergi ke Sepanyol pula.
Di dalam masjid Nabawi Aweesh juga tekun membaca Al Quran macam jemaah yang lain juga. Rasanya aktibiti-aktibiti yang di lakukan di sini akan lebih kusyuk. Lagi pun ustaz kata 1 kebaikan di sini berlipat ganda sebanyak 1,ooo kali di tempat lain. Aweesh juga gembira kerana abah telah membawa Aweesh menjejaki kaki ke karpet RAUDAH. Warna karpetnya hijau. Raudah sebenarnya adalah tapak kawasan binaan masjid semasa di zaman Nabi. Nabi kata Raudah adalah salah satu daripada taman-taman syurga. Abah, Along, Angah dan Tok Wan dapatlah solat di Raudah. Itu pun datang lepas jam 12 tgh malam. Ramainya orang.

Antara aktibiti yang di sediakan oleh agen perlancongan adalah aktibiti ziarah luar iaitu melawat tempat-tempat bersejarah sekitar Madinah.Masjid Quba' merupakan lokasi lawatan Aweesh. Masjid ini adalah masjid yang pertama di bina oleh Nabi ketika Baginda mula-mula sampai ke Madinah semasa HIJRAH. Nabi bersabda, barang siapa yang pergi ke masjid Quba' dari rumah (tempat tinggalnya) dalam keadaan berwuduk dan mendirikan sembahyang sunat 2 rakaat, maka pahalanya sama dengan pahala mengerjakan 1 umrah. Jadi pada hari itu dapatlah Aweesh pahala 1 umrah...insyaAllah.



Gambar kiri- Aweesh di dalam Masjid Quba'.




Aweesh juga sempat berkunjung ke Bukit Uhud yang mahsyur itu. Gambar kanan - Berlatar belakangkan Bukit Uhud. Di sini berlakunya peperangan Uhud diantara tentera Islam 700 orang dengan tentera kafir Mekah seramai 3,000 orang. Pada perang tersebut Nabi telah mengarahkan 50 orang para sahabat untuk berada di atas bukit memanah (berhadapan bukit Uhud) dan jangan sekali-kali turun walaupun apa yang akan terjadi di bawah. Pada mulanya tentera Islam menang dan tentera kafir lari. Melihatkan tentera kafir lari, sahabat yang duduk di atas bukit turun untuk mengutip harta perang. Tentera kafir pun berpatah balik dan berlakulah pertempuran yang sungguh hebat. 70 orang sahabat telah gugur syahid termasuklah Saidina Hamzah bapa saudara Nabi. Begitulah akibatnya kalau tak ikut cakap Nabi. Itulah pengajarannya.
Gambar kanan-Aweesh di atas bukit pemanah. Sekarang bukit tu dah jadi tempat orang jual aneka barang. Gambar bawah-Aweesh di ladang khurma. Pokok khurma macam pokok kelapa sawit di Malaysia. Dikatakan Nabi suka makan khurma Ajwa'. Sekilo harganya 60-100 riyal bergantung pada saiznya. Pokok khurma Ajwa' rendah-rendah belaka. Mungkin bayangan sifat Nabi yang sangat merendah diri.









Gambar kanan- Aweesh di Masjid dua kiblat. Di sinilah di katakan bahawa sedang Nabi solat Zohor menghadap ke Baitul Muqaddis pada rakaat yang kedua turun wahyu Allah agar Nabi menghadapkan muka ke Baitullah. Terus Nabi pun menukar arah kiblat.
Setelah 3 malam berada di bumi Madinah Al-Munawarah, tibalah masanya Aweesh harus berangkat ke Mekah untuk menunaikan acara kemuncak iaitu UMRAH. Sedih rasanya meninggalkan bumi nabi ini, namun apakan daya Aweesh harus pergi jua dengan harapan Aweesh akan datang lagi ke sini untuk menziarah Nabi Muhammad S.A.W.
Dari Madinah ke Mekah mengambil masa 6jam menaiki bas. Aweesh singgah di Bir Ali untuk MIQAT umrah iaitu kira-kira 30 minit selepas bertolak dari Madinah. Aweesh sampai di Mekah jam 9 malam dan terus makan serta hantar barang masuk ke bilik. Lepas tu Aweesh terus ke Masjidil Haram untuk melakukan Umrah. Itulah pertama kali Aweesh lihat KAABAH yang biasanya Aweesh lihat didalam tv atau gambar sahaja. Aweesh rasa macam tak percaya tapi itulah realitinya. Aweesh kerjakan tawaf 7 pusingan, Saie 7 kali ulang alik Safar dan Marwah dan selepas itu Aweesh, Abah, Along, Angah dan Tokwan terus ke kedai gunting untuk bercukur. Botaklah kepala kami pada malam itu. Kami pun berdoa agar dosa kami diampunkan Allah sebanyak mana rambut kami di cukur(maksudnya semua la tu)....InsyaAllah.








Dua gambar Aweesh yang berlatarkan Kaabah. Lihat kepala Aweesh botak selepas bercukur. Nabi kata 1 kali solat kat sini ganjarannya sama dengan solat 100,000 kali solat. Banyaknya.......Itulah antara sebab, mengapa manusia berpusu-pusu nak pergi Mekah.Terutama pada bulan puasa. Ganjarannya lagi berganda-ganda dalam bulan Ramadhan.

Gambar kiri-Berehat sekejap semasa mengerjakan saie. Perkara yang paling Aweesh suka semasa saie ialah berlari-lari anak diantara lampu hijau. Ianya hanya di sunatkan untuk kaum lelaki sahaja. Biasanya semasa lari tu Aweeshlah yang dapat no.1. Sebab Aweesh pecut macam 100 meter. Along dan Angah pun surender. Dah habis lari, Aweesh tunggu Maktok, Ibu dan kakak, sebab dia orang tak boleh lari.

Gambar kanan- Aweesh, Angah dan Along bergambar di sebuah pusat beli-belah di Mekah. Di sini kepala botak adalah biasa. Tiada apa yang special. Kebanyakan orang berkeadaan begitu. Di belakang tu Tokwan. Mungkin sedang mencari sepasang jubah arab untuk nak di hadiahkan pada Maktok. Hehehe.... jangan marah Tokwan Aweesh gurau aje.

Aweesh di atas Jabal(bukit) Rahmah. Dikatakan di sini Adam dan Hawa bertemu semula selepas di buang dari syurga ke dunia. Adam di buang ke Sri Lanka sementara Hawa ke Jeddah. Selepas 500 tahun mencari mereka bertemu di sini. Sebab itu dikatakan di sini baik untuk mereka-mereka yang inginkan cepat jodoh berdoa. Aweesh berdoa lain kat sini sebab Aweesh tak mahu kahwin lagi. Bagi yang ingin nak tambah KUOTA pun boleh berdoa di sini. Agak-agaknya sebab tu lah Tokwan gagah ikut kami panjat bukit kut....nak tambah kuota kut. Sekali lagi Tokwan jangan marah. Gurau aje.

Jabal Rahmah ni terletak dalam kawasan Padang Arafah. Kalau musim haji di sinilah kawasan orang berwukuf. Di kaki Jabal Rahmah terkenal dengan kawasan naiki unta. Cantik-cantik unta di hias. Sekali naik 5 riyal je. Aweesh dan kakak tak lepas peluang nak merasa bagaimana Nabi zaman dahulu menaiki unta di tengah padang pasir. Agak menakutkan semasa unta tu nak berdiri dan semasa nak duduk. Macam atas kapal TITANIC yang nak tenggelam.....terhoyong hayang.

Gambar atas-Berlatar belakangkan Jabal Thur. Di atas Jabal Thur ini terdapat sebuah gua di mana Nabi bersembunyi melarikan diri dari kafir Mekah semasa hijrah dari Madinah ke Mekah. Jika nak naik ke atas ambil masa 2 jam dan turun pun 2 jam.
Gambar kiri- Semasa di Masjid Ja'ranah. Salah satu tempat MIQAT umrah. Ja'ranah agak jauh dari Mekah berbanding Miqat di TANA"IM.

Di Mekah juga, selain melaksanakan ibadat Aweesh sempat juga mendapat kawan baru. Di kawasan burung merpati itu, kami sempat bertanya kabar, tapi macam ayam dengan itik. Tak silap Aweesh dia ada kata, dia orang TURKI ke orang MESIR. Masa kami sama-sama mengejar burung merpati tu, terlupa pula Aweesh nak minta alamatnya atau no. hand phonenya. Untuk kawan baru Aweesh ni, kalau dia ada baca blog Aweesh ni, mari lah kita sembang-sembang ya.
Tiada apa yang istemewanya gambar di atas ni. Cuma Abah terlihat nama aruah AKI di satu kedai di Mekah. MANSOOR... Lalu di abadikan dalam gambar ini.
Sehari sebelum pulang ke Malaysia, Aweesh sempat di bawa melawat ke Ladang Unta di Hudaibiah. Mungkin ada yang masih ingat tentang peristiwa perjanjian Hudaibiah. Kaum Badui adalah merupakan golongan yang ramai menternak unta di kawasan ini. Ingatkah kita kepada Bilal bin Rabbah, salah seorang dari sahabat Nabi yang berkulit hitam dari kaum Badui yang Nabi jamin masuk syurga. Aweesh berharap sama-sama lah kita mengkaji sejarah islam untuk kita lebih menghayatinya bila kita berada di tanah suci.

Tiba lah masa nya tanggal 13.4.09 Aweesh harus berangkat meninggalkan Tanah Suci Mekah.Dengan rasa sedih selepas menunaikan TAWAF WIDA' (tawaf selamat tinggal) dengan berat hati Aweesh tinggalkan Kaabah dengan 1001 kenangan. Sayu hati Aweesh terpaksa pergi jua. Aweesh tanya pada Ibu bila lagi kita nak datang mekah... dengan linangan airmata Ibu kata tanamkan dan sematkan dalam hati cita-cita untuk datang lagi... insyaAllah dengan izin Allah kita akan sampai lagi nanti. INSYAALLAH. LABAIKALLAH HUMMALABAIK LABAIKALASARI KALAKALA BAIK INNALHAMDA WALNIKMATA LAKAWALMULK LAASARIKALALK .................
SELAMAT DATANG KE BLOG DARWEESH AHMAD NAZRI